LAMAN UTAMA

JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD telah mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah & Ziarah sejak tahun 2007. Sepanjang mengendalikan perniagaan ini, kami amat memahami tentang apa yang diinginkan dan dikehendaki oleh para jemaah dan kami berjaya memasarkan Pakej Umrah & Ziarah yang sesuai dengan keperluan Jemaah yang setiasa berubah dari semasa ke semasa.

JAD Travel adalah sebuah syarikat yang telah mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Kementerian Pelancongan Malaysia bagi tiga (3) bidang utama iaitu Pelancongan Dalam Negeri (Inbound), Pelancongan Luar Negara (Outbound) dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing).

"We go the extra mile" untuk memastikan keselesaan dan kemudahan perjalanan Umrah & Ziarah anda di tanah suci. Kami menyediakan harga yang kompetitif di samping menyediakan perkhidmatan yang eksklusif. Kami yakin dengan barisan pengurusan yang berpengalaman serta kakitangan yang cekap, kami mampu melaksanakannya.

Hubungi kami hari ini dan biarlah kami yang merancang pakej yang terbaik berdasarkan keperluan anda.

 

 

RECENT NEWS & EVENTS