ATURCARA UMRAH
ATURCARA UMRAH (CONTOH)
TARIKH | DARI / KE | FLG | ETD | ETA |
01 JAN | KUL / MED | SV 899 | 19:20 | 23:25 |
10 JAN | JED / KUL | SV 898 | 20:10 | 10:00+1 |
Peringatan!
Jemaah adalah dinasihatkan agar berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas
* Aturcara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Hari | KUL - MED |
01 |
Berkumpul di KLIA 4 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk, Jemaah akan bertolak ke Madinah pada jam 03:00 petang. Tiba di Madinah pada jam 07:05 petang (waktu tempatan). Selesai urusan imigresen, Jemaah akan bertolak ke hotel penginapan di Madinah dengan menaiki bas. Dijangka tiba di Hotel Nozol Royal Inn Madinah pada pukul 09:05 malam. |
Hari | MADINAH |
02 |
Ziarah sekitar Masjid Nabawi (Optional) dan pada sebelah malam semua jemaah bersedia selepas Isyak untuk makan malam di kebun kurma dan jemaah boleh membeli belah di kebun kurma |
Hari | ZIARAH MADINAH |
03 | Sekitar jam 07:30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w.), Jabal Uhud, Masjid Qiblatain iaitu (masjid yang mempunyai 2 kiblat. |
Hari | MADINAH - MAKKAH |
04 |
Jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah pada jam 02:00 petang. Di jangka tiba di Makkah pada jam 09:00 Malam – Urusan check in (berehat). Selepas berehat jemaah akan dipimpin oleh mutawwif untuk mengerjakan Umrah. |
Hari | MAKKAH |
05 | Aktiviti bebas. |
Hari | ZIARAH JAARANAH |
06 |
Selepas sarapan, pada jam 7:30 pagi jemaah akan di bawa menziarahi ke Jabal Nur (Tempat Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama), ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Seterusnya ke Jabal Tsur dan Jabal Rahmah serta ke Masjid Jaaranah untuk berniat Umrah bagi sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah. Jemaah akan dipimpin oleh Mutawwif untuk menunaikan Umrah kali ke 2. |
Hari | MAKKAH |
07 | Aktiviti bebas.(Optional: Ziarah Ta'if) |
Hari | ZIARAH HUDAIBIYAH |
08 | Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di Hudaibiyah seperti Ladang Unta dan anda akan dapat merasai keenakan susu Unta segar dan singgah di Masjid Hudaibiyah. (Lawatan ke Ladang Unta tertakluk kepada kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia). Jemaah akan dipimpin oleh Mutawwif untuk menunaikan Umrah kali ke 3. |
Hari | MAKKAH |
09 - 10 | Aktiviti Bebas. |
Hari | MAKKAH - JEDDAH - KUL |
11 |
Selepas tawaf wada' dan solat Zuhur, jemaah akan berkumpul di lobi hotel pada jam 01:30 petang. Pada pukul 02:00 petang, jemaah akan bertolak ke lapangan terbang Jeddah untuk keberangkatan pulang ke Kuala Lumpur. |
Hari | KUALA LUMPUR |
12 | Bergerak ke Kuala Lumpur pada jam 02:25 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada jam 04:00 petang (waktu tempatan). |
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
|