PROFIL

JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan perkhidmatan perlancongan bersepadu dengan aktiviti-aktiviti utama yang melibatkan Pakej Umrah & Haji, Perkhidmatan VIP, Pakej Perlancongan Inbound & Outbound, Pengangkutan, Homestay dan Program Sekolah bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

Ditubuhkan pada 2007 dan berdaftar di bawah Kementerian Perlancongan, Kementerian Kewangan MalaysiaPersatuan Agensi Agensi Perlancongan Dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Agensi Perlancongan Malaysia (MATTA).

Di JAD Travel kami memilih kakitangan pakar yang terlatih dan bersesuaian untuk menguruskan perjalanan perlancongan anda. Kami menyasarkan untuk mewujudkan program-program latihan yang berterusan kepada kakitangan kami untuk terus meningkatkan kepakaran yang sedia ada. Pengalaman dan kepakaran kami akan menjadikan percutian anda sekeluarga lebih bermakna dan sukar dilupakan. Di atas kepercayaan & sokongan yang diberikan oleh pelanggan JAD Travel yang dikasihi, alhamdulillah kami telah berjaya beroperasi selama 10 tahun dalam Industri Perlancongan ini.

Perkhidmatan utama kami adalah mengelolakan Pakej Umrah & Ziarah dengan purata seramai 1,000 orang tetamu Allah diuruskan setiap tahun. Kami telah bekerjasama dan membuat perjanjian bersama dengan Syarikat Penerbangan ke tanah suci, Pengangkutan Darat, Catering dan Hotel-Hotel di Makkah dan Madinah. Selaras dengan Umrah & Ziarah kami juga menawarkan pakej-pakej perlancongan di dalam dan di luar negara mengikut permintaan.

Objektif utama JAD Travel adalah untuk memberikan perkhidmatan Pakej Umrah & Ziarah yang mementingkan keselesaan dan kemudahan untuk para Jemaah Umrah kami. Begitu juga dalam menyediakan penginapan sepanjang berada di tanah suci, di mana kami memandang serius dan komited untuk menyediakan penginapan yang dekat dan selesa kepada para tetamu Allah bagi memudahkan dan melancarkan Ibadah Umrah mereka.

Selaras dengan objektif utama kami, bermula pada tahun 2013 untuk perginapan di Makkah, JAD Travel berterusan menggunakan Hotel Retaj Al Bayt Suites iaitu Hotel bertaraf  5 bintang ini terletak di ZamZam Tower dan hanya 50 meter sahaja dari Masjidil Haram. Di Madinah pula, kami menggunakan Hotel Nozol  Royal Inn dan terletak hanya 100 meter ke Masjid Nabawi.

JAD Travel adalah 100% syarikat hakmilik bumiputera dan berteraskan "Family Business". Pejabat urusan kami beroperasi di Bandar Baru Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.